Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian
tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif
dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah
atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam
proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan
cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu
setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu
diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.
Berkaitan
dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini
mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu
yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil
kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain
yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan –
sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut
beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan
merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh
kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.
Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas
agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.
Seterusnya,
setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini
kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah
yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan
cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi
yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan
ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita
kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat
Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas
dengan lebih lama. Lazimnya,
selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul
persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang
mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak
melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran
cas yang banyak.
Setelah
kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah
mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud
di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail). Dalam
kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama
yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu
mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta
alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.